Tuesday, February 26, 2013

SANNAH HELWAH :) pabila mereka bertindak



Alhamdulillah .. 25 februari 1995 - 25 februari 2013 :)
yeayyy , dah 18 tahun ! *okay excited terlebih pehal minah ? haha . 

yeayyy ! ade cake ! chocolate indulgence <3 
potong ! potong ! ehh excited giler minah ni . cehh ~

Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih beri kesempatan untuk aku hidup di muka bumiNya . Alhamdulillah Ya Allah atas usia yang telah Engkau berikan :') Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang telah Engkau berikan . Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan .
Kata orang , makin kita menginjak dewasa , makin dekat ajal memanggil .. 
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Hakim dari Jabir R.A
"sebaik baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya"

Semoga aku berada dalam kalangan tersebut :) InshaAllah .

okayy bila cakap pasal BIRTHDAY , wow aku sangat rasa maluuuu bila orang wish "wehh HAPPY BIRTHDAY" mana laa aku nk campak muka aku yang bajet cun ni ? makk oii maluuu laa bila orang kata , "woii 18 dah kau ? TUA ! " yang ni lagi rasa mcm - ape masalah kau -__- haha . ehh tapi ni first time having birthday kat university , so rasa pelik sbb entah , maybe sebab tidak lagi memakai pakaian seragam sekolah yang agak lawa itu ? apakah ? haha

so dari tgh malam semalam , berduyun duyun laaa encik fesbuk accept birthday wish , hehe . TERIMAKASIH to all wishers and sorry if aku tak reply balik sbb tak sempat online :) test week ni *okay yg ni mengada -__- tapi tu laa , bestfriends aku tak wish sekelumit punn . sampai gila hati korang buat bodoh kat aku . aku tunggu sabar gila kott . so nak dijadikan drama melayu ~ haha . ayat sarcastic gila =,='' okay serious , lepas english tutorial around 10pm kot , diorang BLINDFOLD aku T_T makkk ! golap golita pemandangan den ~ haihh aku pun haa ni mesti nak prank aku ! matilah aku ~

OKAYY BUTA -__-

Ohh haa lepastu kaki aku CEDERA -___- sebab langgar  apa entah kat tengah jalan masa blindfolded tuhhh , ohh sakitttttt *okayy over laa pulak . tapi manis pershabatan tu mengaburi kesakitan yang ada *cewahh . ehh betul laa sebab bila balik bilik baru aku sedar kaki aku berdarah ! okayy sikit je pun :) hehe .. aku banyak bebel throughout journey tadi , haa padan muka , sampai nawal penat sebab aku asyik cakap dan cakap dan cakap dan lagi dan lagi dan lagi ~ lalala .. 

ohh masa ni aku rasa sebak bila tgk korang semua ada T_T

korang , thanks sebab ada :) thanks jugak sebab jadi kawan aku sejak zaman sekolah sampai kat UTP :) dan sampai laa beranak bercucu :) haha ! bagi kawan yang baru kenal aku - AIMAN , NAWAL , QILA , MEERA AND MARYAM :) SORRY sebab aku ni mmg banyak cakap :) tapi seriously aku ni suka main-main and if korang tgk aku , mne pernah serious pun kan ? aku nak marah ? ohh sungguh pelik sekali sbb aku tak reti . haa so coclusion nye , mmg bahagia kawan ngn aku FULLSTOP . okayy menyampah gila kat statement yang mintak penampar ni . lalala ~

ehh dengar ni !
ZATY NAK CAKAP :)
NAWAL - sorry and thanks for everything :)
QILA - thanks sebab ada bila aku perlukan kau :) 
JIJAM - thanks for all this babe :) <3
MEERA - sorry if ada buat kau terasa pasal TEAM BUILDING , aku gurau , and loveyouu :)
ATHIFA- sorry sbb dh jarang lepak , goodluck :) lebiuu <3
HUMAIRA - kau sangat comel dan aku bangga ada kawan yg tegas mcm kau :)
PUTERI AIDA- kau semakin cantik and aku rinduu nak merepek ngan kau :)
ALIA- kau comel and thanks for everything <3
MARYAM- sorry pinjam buku tutor tak pulang balik and sayangg kauu <3
AFIQ - kau selalu menyakitkan hati tapi kau sangat baik :)
IJAT - kau mmg baik dan jumpa geng baru jgn buat buat lupa kat aku eh :)
IRWAN - kau memang tak terkata baik dan ya kau comel la jugak *separuh ikhlas HAHA
AMIR - kau makin matang ya . okay taktau nak kata apa HAHA
PAAN - muka serious kau membuat aku ragu ragu utk tegur kau tatkala terserempak di tepi jalan :)
AIMAN - wehh aku gurau je pasal libas payung even MEMANG kau TERlibas kat aku masa english tutorial tadi :) kau mmg baik ! aku serious ni kau baik . haha
KARTIGEYAN - okayy lama tak jumpa , kau makin macho la bro . tahniah :) hehe
ABANG ZAKRI - terima kasih utk segala buku yg dicari :) 


TERIMAKASIHKAWAN :)


Thursday, February 14, 2013

JUST DO IT laa hokayy :)




heyy dah berhabuk belog ni . lama giler tak update entry . ohh lately makin busy *mengada . almost a month jugak laa tak update . okayy now what ? haa bila dah semakin dewasa , macam macam perangai orang kita tgk . 
SERIOUSLY tak tipu okayyyyy :D 
ehh so entry kali ni pasal BERUBAH ? 
wow ! 



ehh sedar atau tak , kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai jugak yang nak tengok orang lain berubah ek ? Well , at the same time , kita sendiri pun nak berubah supaya jadi lebih baik saban hari tetapi masih tidak kesampaian . betul tak apa aku kata ni ? *ceyy ayat ~ haha . eh serious .  okay tengok sini ape aku nak list down . jangan buat tak nampak ehh . kita nak negara kita berubah, kita nak orang berubah, kita bercita-cita tinggi tahap pokok kelapa nak ubah orang sekeliling kita, tetapi malang giler , dan mmg menjadi kebiasaan , orang akan ambush kita kalau kita berlagak baik . *okayy abaikan yang tu . ni aku nak tny , pernah tanya diri sendiri tak kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?

so , antara sebabnya , senang je , kita sendiri pun tak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri , so orang lain nak dgr ke nasihat kita ? *okayy tepuk dada tanya selera . sebenornye , aku ni taklah bagus sgt , cuma dari apa yang aku paham dan observe selama 18tahun aku hidup ni *heyy makin mengada aku . haha . okayy rahsia mengubah orang adalah .. err rahsia ? tak la rahsia kot . tapi serious kalau kita nak ubah orang lain , kita kena ubah diri sendiri dulu bhaii . niat dah baik dah nk ubah org lain ,  tapi biar kena dgn cara :) Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain takkan berjaya if kita tidak mula daripada diri sendiri. *so korang dapat bayang tak ape aku cuba membebel nihh -___-

eh , nak tau tak , kekadang , hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang kat sekeliling kita akan rasa mcm kita ni cakap serupa bikin . haihh so do take note ye kakak abang sekalian .

first sekali kan , aku rasa kita kena bandingkan . diri sendiri dengan orang lain , MUHASABAH DIRI ITU PENTING . okayy let say , kita nak bina rumah . so buat ape kita sebok kehulu kehilir masuk keluar kedai  NIPPON PAINT , pikir pasal kalaer dinding , pintu besar gedabak segala bagai if tapak rumah pun takde lagi kak oii . kau giler ? so the same thing goes here . "Mulakan dengan dirimu," *ceyy
So guys and girls , sebenornye , ni laa kunci orang yang berjaya. see this ! MUHASABAH ye .
Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. 
so ? tunggu apa ? get started okayy :)

ehh tak habis lagi aku bebel , 
haa ramai orang berani judge kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali malah sentiasa avoid dan buat tak tahuu lagi berlagak baguss walhal kelemahan diri sendiri berlonggok longgok mcm buah deroyan dusun opah aku .  Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah memamg confirm ahh dapat orang lain dapat terima nasihat kita even bukan 100% kan ? heyy ye kan je la sbb mmg betul pun . Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan  terdorong untuk turut sama berubah.

so how ?


#1 :)  Mcm yg aku mention earlier , mula lahh dengan ubah diri sendiri. takkan wehh kita nak ajak orang berubah walhal diri sendiri still tak berubah , nak jadi mcm ketam eh ? `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tak serupa bikin.


#2 :) Mula dengan bende simple err maksud aku benda kecil . Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. haa see ? sangat amazing kan ? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil . Ingat tuu :D

#3 :)  START NOW . Jangan dok tangguh bagai . Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecik akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

#4 :) PAKSA diri dengan sepenuh hati. Nafsu kalau tak dipaksa nanti jadi degil !

#5 :) Belajar laahh hukum diri sendiri . asyik nak hukum orang je . nak tau ? Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. subhanallah .

#6 :) Kena laahh ulang kebaikan sampai sebati dengan diri . PRACTICE MAKES PERFECT . mana mau benda buat sekali dah boleh jadi habbit kan ?






so korang , ape je la yang aku bebel tgh pagi buta ni kan . aisehh ,  aku ni bukanlah baik sangat , tapi sekadar ingatkan . tak salah kan kalau saling memperingatkan :)