Sunday, June 23, 2013

Cerita Kita #1

Jam menunjukkan pukul 2.05petang.
Hari Sabtu. ahh bosan !
Setakat ini sudah enam kali dia mengeluh.

termenung.
dibuang pandang ke luar jendela.

serabut.
kini terlalu banyak yang difikirkan sehingga terasa diri sendiri tidak terurus.

mengeluh lagi.
telefon bimbit di tangan digenggam erat.
dilihat pada skrin.
mahu sahaja rasanya dia menjerit.
Namun dia tak mampu..
"ahh .. semua tak faham aku."
hanya itu yang terucap dalam hati.

kini  dia baring di atas katil .
dialihkan pula pandangan ke skrin laptop.
membuka kembali bicara antara mereka.
ya dia akui..
sungguh dia senang dengan apa yang disampaikan Fariz sebentar tadi.

"ZIAAA !! lama gila tak jumpa kau :( "
Zia tersenyum sendiri.

bohonglah jika dia tidak rindu Fariz.
tapi.. Fariz seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
cara Fariz berbeza sungguh.
Ya. berbeza . Dia kenal Fariz.
Pasti ada sesuatu.
Hati zia yakin. cukup yakin.
Fariz sahabat baiknya, dia sudah masak dengan perangai lelaki itu.
Dia mengeluh lagi.
Apa agaknya yang sedang Fariz hadapi sekarang?
Kenapa Fariz berubah sebgeitu rupa?
dia termangu sendirian.

Zia sering mencari waktu untuk bertanya.
namun hampa.
lama .. ya sudah lama dia ingin bercakap dengan Fariz.
mencari ruang agar persahabatan mereka dapat dipulihkan.
sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.
lebih jelas jika dikatakan,
dia sebenarnya tidak faham bagaimana persahabatan mereka menjadi renggang.
sungguh, hati wanitanya sedih.
luruh saat melihat Fariz lebih meluangkan masa bersama-sama teman lain seolah-olah dirinya 'invisible' terhadap lelaki itu.
sumpah! hatinya sakit bila mengenangkan sikap Fariz yang saban hari seakan-akan menjauhkan diri darinya.

Fariz.
Fariz Bin Amri.
Sahabat baiknya sejak tahun pertama dia melangkahkan kaki ke alam universiti.
pada Farizlah tempat dia mengadu.
pada Farizlah tempat dia bermanja.
pada Farizlah tempat dia menghambur segala ketidakpuashatian tatkala berperang mulut dengan roomate "kesayangan" - Sofia si minah senget mulut laser yang bajet bagus.
pendek cerita, pada Farizlah segala-galanya.
Kini.. Fariz seolah-olah semakin jauh darinya.
Mengapa? Hati kecilnya berbisik.

Kalau dulu
Fariz selalu mengajaknya makan bersama tak kira waktu, tgh malam walhal bersahur sekalipun.
Kalau dulu
Fariz selalu bercerita itu dan ini, kalau boleh , semuanya akan diceritakan sampai bernanah telinga dengar omelan si Fariz.
Kalau dulu
Fariz selalu menyakatnya dengan perkataan
"ZIA ANAK MANJA"

Kini . semuanya sepi .
Tiada lagi Fariz yang kuat melantak di hadapannya.
Tiada lagi Fariz yang mengomel itu ini.
Tiada lagi Fariz yang sering menyakatnya dengan panggilan "anak manja"
Sungguh dia sunyi.
Sumpah dia tidak pernah tidak senang dengan kehadiran Fariz.

"HOI MINAH ! poyo lah kau ni !" Fariz menerjah ketika Zia sedang asyik berseorangan di cafe sehingga tersembur air sirap yang sedang diteguk oleh Zia.

"alamak weh , agak-agak la pun , yang kau tetiba sergah aku ni pehal ? dah tak reti bagi salam ? sampai tersembur air aku. Menyesal aku. Kalau aku tahu, aku halakan je pada kau , aku jampi sikit, biar tersembur kat kau , biar elok sikit perangai tu ." Zia menjeling tanda protes.

seperti kebiasaan Zia akan membebel.
Terkekeh-kekeh Fariz dibuatnya.
Serta-merta Fariz duduk berhadapan dengan Zia sambil menongkat dagu dihadapan gadis bertudung biru laut itu lalu dengan muka mintak kaki, Fariz mengatur salam lembut.

"Assalamualaikum Nur Zia Amani yang gedik lagi ganas.." Fariz menahan tawa . Namun tidak sampai seminit, terhambur jua ketawa Fariz. Kali ini lebih kuat.

Dam !

"haa padan muka kau!" Zia mengetuk kepala Fariz dengan fail merah jambunya

"okay . okay . sorry .. haishh ganas betul la kawan aku sorang ni . Eh zia , malam ni jangan lupa eh ? macam biasa kat tepi tasik depan tu tau . esok aku ada test la . kau ajar aku eh . aku tunggu . siapa lambat kena belanja seminggu" Fariz mengukir senyuman tanda memujuk zia yang sedang panas hati terhadapnya.

Zia kembali ke alam nyata.
kenangan tadi beransur lenyap.
ada air jernih mengalir di pipi.

"macam biasa"
sudah lama benar rasanya Fariz tidak menuturkan perkataan itu terhadapnya.
"Fariz ! kenapa? Apa salah aku?" hati kecil Zia meronta.
Lalu dalam linangan air mata , Zia terlelap bersama ingatan terhadap Fariz.


BERSAMBUNG..





Friday, June 14, 2013

somehow , orang takkan faham

tengok jam .
10.41PM . termenung . otak ligat pikiaq . mula serabut . pejam mata . STRESSSSSS !
masa ni la aku rasa nak sapphires , syaqib T.T 
plan nak study *kononnya . tapi tudiaa la kan , study taktau pi mana , dok rasa nk blogging ja .
terasa nk blogging dalam loghat kedah . wahh ! *petanda aku rindu kodiang 

dua tahun dok mustautin kat negeri kedah , tapi depa kata loghat aku aku kalau aku dok sembang , tak pyh habaq laa , dah tak bunyi perak tanah kelahiran dah . *amboihh melampau
apadia yg aku cuba nk sampaikan sebanaqnya ni ? ahhh serabut *buang pandang luar tingkap .


terdiam . 

dah seminggu aku dok up to date tersangatlah eager terlebih catalyst baca blog budakmato . inspirasi gila . dalam tak sedaq , aku cuba cari kekuatan . kekuatan yang aku sendiri tak tau la nak explain cena kat hgpa . 

*tukar loghat .

makin lama aku makin heartless . ya heartless . 
aku tahu ni bukan aku . bukan . 
kalau dulu , aku concern pasal orang sekeliling . tapi sekarang ? tengok kucing pun aku tak simpati . ahh zaty , kau sememangnya dari dulu heartless terhadap kucing =,= 

"kenapa ? kenapa macam ni Z ?"
"mana kau yang dulu ?" 
"kau yang selalu concern pasal orang lain seems to be sangat heartless sekarang . 
dulu kau sangat takut untuk sakiti hati orang ,
sekarang kau cakap main lepas tanpa fikir perasaan orang lain .
dulu kau selalu berfikir sebelum berbicara,
sekarang selagi boleh hentam , kau redah ."

tersentak . 

ya aku tahu . aku sedar semua tu . tak payah bgtahu .
 tengok . aku mula ego.
sejak masuk UTP , ego makin menjadi jadi . 

mengeluh 

tetiba teringat 

"Somehow, ada perkara, orang tak faham kita, orang tak faham situasi kita, orang tak faham apa yang kita lalui, orang tak faham apa sebenarnya yang kita nak buat."

tanggal spec , letak tepi . tunduk kepala . 

ya memang . memang orang tak faham . 
bukan cara aku untuk berkasar dengan hati kau . 
cumanya kau tak faham hati aku . apa yang aku rasa . 

sekarang aku takda masa nak fikir pasal orang lain .
tapi kenapa ?
sebab diri sendiri pun banyak nak fikir .
puas hati dengan jawapan aku ? 

renung skrin laptop . fikir 
ambik handphone . tengok message .
heartless lagi 

bukak youtube .
Taylor Swift - Come Back Be Here . 
automatically played , hoii dah kenapa ? 
ohh lupa , aku letak dalam playlist =,= 

ahh jiwang . serabut , tukar . mood melayang . bengang . TUTUP youtube .
back to blogging .

*mengeluh lagi 

tak baik mengeluh . ya aku tahu , bukannya aku tak tahu , 
tahu sangat . tapi .. 
ahh memang banyak alasan . 

tersedar . diam .

sampai bila ? sampai bila Z ? 

teringat kata kata kau 

"tuhan menjadikan sesuatu dalam hidup kita , ada sebab . Kita takkan nampak sebab tu sehingga hati kita menerima dengan redha"

ya kau tahu . aku tahu . 

aku yang sengaja buat buat lupa .
sebabnya ?
jangan tanya sebab . aku belum mampu ungkapkan semuanya .

"orang yang paling banyak ketawa diluar , adalah yang paling banyak menangis sendiri di dalam"

aku tak kata aku kuat . 
aku cuma masih mampu untuk bertahan.

"kau jangan cmni , aku tak suka kau cmni" dari kulim sayup suara kau petang kelmarin.
"alaa aku tahu laa . this time it really gonna takes time to heal la beb. aku tahu dengan aku bersikap cmni , nothings gonna change , but yeah,  at least , i hope that when the time comes , i am ready" tak dapat aku tahan , jatuh jugak air mata akhirnya.

ada kala , aku lebih selesa sendiri . ya sendiri . jadi jangan paksa aku itu dan ini .
aku bukan jenis yang cepat marah .
aku juga bukan jenis yang penyabar sangat .
macam yang aku mention earlier .
selagimana aku mampu bertahan , aku akan bertahan . SENDIRI .
aku mungkin keras hati . 
hanya yang betul betul kenal isi hati aku yang tahu siapa aku sebenarnya .
Allah tahu isi hati aku . ya Dia . Tiada yang lain :'(

tengok calender . 
"HOMIE"
untuk esok . 14JUNE2013 .
perkataan "HOMIE" yang tercatat kat calender .
esok balik . 
aku rindu rumah . ya rindu . 
La tahzan :')

#entry serious . tiada apa yang menarik seperti entry entry sebelum ni .
 mungkin ada yang tak suka . aku peduli apa . =,= 

tanggal spec . 
duduk atas meja study . 
slide tingkap . 
renung langit .