Friday, December 20, 2013

Sebab Allah Tahu

"Allah ambil dia mungkin sebab dunia ni terlalu bahaya untuk dia pertahankan iman bila dah dewasa."


Ahmad Zikrullah ..
Sebaris nama yang takkan pernah pudar dari ingatan,

Allah .. rinduu :'(

tetiba teringat kat Zikrullah .
15 tahun .
ibu kata Zik handsome .
maaf kakdik tak ingat wajah Zik.
bukan sebab tak sayang .
tapi masa tu kakdik pun masih kecil .
tapi kakdik tak pernah lupa Zik.
tak pernah.
Setiap pagi Syawal,
pusara Zik yang kakdik ziarah dulu :'(

Andai saja Zik masih ada ,

sekarang Zik dah form 3,
mesti Zik ambil result PMR hari ni .

Nak tahu tak ?

Aiman .. adik kita yang keempat ,
pernah kata 
"kalau lah abang masih ada , mesti aiman ada geng"
Semua orang rindu Zik :(

Ahmad Zikrullah Bin Ahmad Rashidi,

Damailah di sana .
Tiada secalit pun dosa darimu .
Allah lebih sayangkan Zik .
Doa kakdik tak pernah putus untuk Zik .


Zikrullah ,
It's okay Adik. 
We love you, but Allah loves you more. 
Wait for us in Jannah. 
kakdik miss you but I won't cry for I'm sure you'll be fine.

Alfatihah.


Salam sayang,

kakdik :')




Thursday, October 10, 2013

kau

kau berubah .
aku juga berubah .
aku sedar .
cukup sedar .
aku tak nafikan .
ya !
aku tahu salahnya bukan di pihak kau sahaja .
aku juga .
mungkin .
cuma aku kurang senang dengan lakonan kau .
kenapa perlu begitu ?
kalau kau lihat kembali , kau memang tak adil .
dah lama dah .
aku malas nak besarkan .
sebab apa ?
sebab kau selalu menangkan dia .
aku tak dengki .
aku tak cemburu .
sumpah !
secebis pun tidak .
malah aku hairan .
bukan sahaja aku .
kau yang aku kenal , bukan jenis yang membabi buta .
kau yang aku kenal , bukan keruh wajahnya .
kau yang aku kenal , bukan melenting tanpa sebab .
kau yang aku kenal , jarang sekali sinis kata kata .
kau yang aku kenal , senyuman cukup manis .
tapi ,,
itu adalah kau yang aku kenal .
DULU .
BUKAN SEKARANG .
khilaf aku juga .
khilaf kami .
mungkin .
ya .
aku tak baik seperti kau .
seperti dia .
aku tahu itu .


-Z-




Monday, August 5, 2013

sampai bila ?

hidup tak selalunya indah 

rasa macam nak main basketball .
hasrat terbatal .
sumpah letih .
tidur makin tak cukup.
nak lelap ,tapi..
teringat pesan opah "tak elok tidur lepas asar"

mengeluh.
kenapa dengan aku sejak akhir akhir ni ?
semua rasa serba tak kena.

dah lama.
dah lama aku fikir.
tapi still jawapan yang sama "lama lama nanti okay lah tu"

ahh bosan !
aku bosan dengan semua ni!
sampai bila Z ? sampai bila ?

"sampai kau redha" bergema dalam diri

"siapa kata aku tak redha?" gaduh

"tak siapa kata" selamba

"habis tu?!"

"kau belum bebetul redha Z ! kau belum ! cuba kau tengok balik diri kau . setiap kali ungkapan tu keluar, cemana kau rasa ? apa reaksi kau ? pernah kau tersenyum ? kau pura pura ! kau pura pura tunjuk yang kau bahagia . hakikatnya ?!" 

terima kasih . pedas gila wahai hati yang berkata kata

aku sendiri keliru .
keliru dengan apa yang berlaku .
apa yang aku inginkan sebenarnya ?

mengeluh lagi .

Astarghfirullah.
banyak sangat mengeluh sejak kebelakangan ni .
dosa Z . dosa !

kekadang aku sengaja cari kesibukan.
kesibukan untuk merawat luka.

ya. kesibukan yang aku sendiri reka.
untuk dijadikan alasan.
mungkin ?

ya . alasan .
alasan yang aku reka .
tapi untuk apa ?
jawapan yang mudah

"aku taknak lukakan hati sesiapa"

senyum tawar.

"habis hati kau terluka takpe?"

"selama ni pun pernah ke aku kisah pasal hati aku?"

terdiam .

senyum sinis .



Sunday, June 23, 2013

Cerita Kita #1

Jam menunjukkan pukul 2.05petang.
Hari Sabtu. ahh bosan !
Setakat ini sudah enam kali dia mengeluh.

termenung.
dibuang pandang ke luar jendela.

serabut.
kini terlalu banyak yang difikirkan sehingga terasa diri sendiri tidak terurus.

mengeluh lagi.
telefon bimbit di tangan digenggam erat.
dilihat pada skrin.
mahu sahaja rasanya dia menjerit.
Namun dia tak mampu..
"ahh .. semua tak faham aku."
hanya itu yang terucap dalam hati.

kini  dia baring di atas katil .
dialihkan pula pandangan ke skrin laptop.
membuka kembali bicara antara mereka.
ya dia akui..
sungguh dia senang dengan apa yang disampaikan Fariz sebentar tadi.

"ZIAAA !! lama gila tak jumpa kau :( "
Zia tersenyum sendiri.

bohonglah jika dia tidak rindu Fariz.
tapi.. Fariz seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
cara Fariz berbeza sungguh.
Ya. berbeza . Dia kenal Fariz.
Pasti ada sesuatu.
Hati zia yakin. cukup yakin.
Fariz sahabat baiknya, dia sudah masak dengan perangai lelaki itu.
Dia mengeluh lagi.
Apa agaknya yang sedang Fariz hadapi sekarang?
Kenapa Fariz berubah sebgeitu rupa?
dia termangu sendirian.

Zia sering mencari waktu untuk bertanya.
namun hampa.
lama .. ya sudah lama dia ingin bercakap dengan Fariz.
mencari ruang agar persahabatan mereka dapat dipulihkan.
sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.
lebih jelas jika dikatakan,
dia sebenarnya tidak faham bagaimana persahabatan mereka menjadi renggang.
sungguh, hati wanitanya sedih.
luruh saat melihat Fariz lebih meluangkan masa bersama-sama teman lain seolah-olah dirinya 'invisible' terhadap lelaki itu.
sumpah! hatinya sakit bila mengenangkan sikap Fariz yang saban hari seakan-akan menjauhkan diri darinya.

Fariz.
Fariz Bin Amri.
Sahabat baiknya sejak tahun pertama dia melangkahkan kaki ke alam universiti.
pada Farizlah tempat dia mengadu.
pada Farizlah tempat dia bermanja.
pada Farizlah tempat dia menghambur segala ketidakpuashatian tatkala berperang mulut dengan roomate "kesayangan" - Sofia si minah senget mulut laser yang bajet bagus.
pendek cerita, pada Farizlah segala-galanya.
Kini.. Fariz seolah-olah semakin jauh darinya.
Mengapa? Hati kecilnya berbisik.

Kalau dulu
Fariz selalu mengajaknya makan bersama tak kira waktu, tgh malam walhal bersahur sekalipun.
Kalau dulu
Fariz selalu bercerita itu dan ini, kalau boleh , semuanya akan diceritakan sampai bernanah telinga dengar omelan si Fariz.
Kalau dulu
Fariz selalu menyakatnya dengan perkataan
"ZIA ANAK MANJA"

Kini . semuanya sepi .
Tiada lagi Fariz yang kuat melantak di hadapannya.
Tiada lagi Fariz yang mengomel itu ini.
Tiada lagi Fariz yang sering menyakatnya dengan panggilan "anak manja"
Sungguh dia sunyi.
Sumpah dia tidak pernah tidak senang dengan kehadiran Fariz.

"HOI MINAH ! poyo lah kau ni !" Fariz menerjah ketika Zia sedang asyik berseorangan di cafe sehingga tersembur air sirap yang sedang diteguk oleh Zia.

"alamak weh , agak-agak la pun , yang kau tetiba sergah aku ni pehal ? dah tak reti bagi salam ? sampai tersembur air aku. Menyesal aku. Kalau aku tahu, aku halakan je pada kau , aku jampi sikit, biar tersembur kat kau , biar elok sikit perangai tu ." Zia menjeling tanda protes.

seperti kebiasaan Zia akan membebel.
Terkekeh-kekeh Fariz dibuatnya.
Serta-merta Fariz duduk berhadapan dengan Zia sambil menongkat dagu dihadapan gadis bertudung biru laut itu lalu dengan muka mintak kaki, Fariz mengatur salam lembut.

"Assalamualaikum Nur Zia Amani yang gedik lagi ganas.." Fariz menahan tawa . Namun tidak sampai seminit, terhambur jua ketawa Fariz. Kali ini lebih kuat.

Dam !

"haa padan muka kau!" Zia mengetuk kepala Fariz dengan fail merah jambunya

"okay . okay . sorry .. haishh ganas betul la kawan aku sorang ni . Eh zia , malam ni jangan lupa eh ? macam biasa kat tepi tasik depan tu tau . esok aku ada test la . kau ajar aku eh . aku tunggu . siapa lambat kena belanja seminggu" Fariz mengukir senyuman tanda memujuk zia yang sedang panas hati terhadapnya.

Zia kembali ke alam nyata.
kenangan tadi beransur lenyap.
ada air jernih mengalir di pipi.

"macam biasa"
sudah lama benar rasanya Fariz tidak menuturkan perkataan itu terhadapnya.
"Fariz ! kenapa? Apa salah aku?" hati kecil Zia meronta.
Lalu dalam linangan air mata , Zia terlelap bersama ingatan terhadap Fariz.


BERSAMBUNG..





Friday, June 14, 2013

somehow , orang takkan faham

tengok jam .
10.41PM . termenung . otak ligat pikiaq . mula serabut . pejam mata . STRESSSSSS !
masa ni la aku rasa nak sapphires , syaqib T.T 
plan nak study *kononnya . tapi tudiaa la kan , study taktau pi mana , dok rasa nk blogging ja .
terasa nk blogging dalam loghat kedah . wahh ! *petanda aku rindu kodiang 

dua tahun dok mustautin kat negeri kedah , tapi depa kata loghat aku aku kalau aku dok sembang , tak pyh habaq laa , dah tak bunyi perak tanah kelahiran dah . *amboihh melampau
apadia yg aku cuba nk sampaikan sebanaqnya ni ? ahhh serabut *buang pandang luar tingkap .


terdiam . 

dah seminggu aku dok up to date tersangatlah eager terlebih catalyst baca blog budakmato . inspirasi gila . dalam tak sedaq , aku cuba cari kekuatan . kekuatan yang aku sendiri tak tau la nak explain cena kat hgpa . 

*tukar loghat .

makin lama aku makin heartless . ya heartless . 
aku tahu ni bukan aku . bukan . 
kalau dulu , aku concern pasal orang sekeliling . tapi sekarang ? tengok kucing pun aku tak simpati . ahh zaty , kau sememangnya dari dulu heartless terhadap kucing =,= 

"kenapa ? kenapa macam ni Z ?"
"mana kau yang dulu ?" 
"kau yang selalu concern pasal orang lain seems to be sangat heartless sekarang . 
dulu kau sangat takut untuk sakiti hati orang ,
sekarang kau cakap main lepas tanpa fikir perasaan orang lain .
dulu kau selalu berfikir sebelum berbicara,
sekarang selagi boleh hentam , kau redah ."

tersentak . 

ya aku tahu . aku sedar semua tu . tak payah bgtahu .
 tengok . aku mula ego.
sejak masuk UTP , ego makin menjadi jadi . 

mengeluh 

tetiba teringat 

"Somehow, ada perkara, orang tak faham kita, orang tak faham situasi kita, orang tak faham apa yang kita lalui, orang tak faham apa sebenarnya yang kita nak buat."

tanggal spec , letak tepi . tunduk kepala . 

ya memang . memang orang tak faham . 
bukan cara aku untuk berkasar dengan hati kau . 
cumanya kau tak faham hati aku . apa yang aku rasa . 

sekarang aku takda masa nak fikir pasal orang lain .
tapi kenapa ?
sebab diri sendiri pun banyak nak fikir .
puas hati dengan jawapan aku ? 

renung skrin laptop . fikir 
ambik handphone . tengok message .
heartless lagi 

bukak youtube .
Taylor Swift - Come Back Be Here . 
automatically played , hoii dah kenapa ? 
ohh lupa , aku letak dalam playlist =,= 

ahh jiwang . serabut , tukar . mood melayang . bengang . TUTUP youtube .
back to blogging .

*mengeluh lagi 

tak baik mengeluh . ya aku tahu , bukannya aku tak tahu , 
tahu sangat . tapi .. 
ahh memang banyak alasan . 

tersedar . diam .

sampai bila ? sampai bila Z ? 

teringat kata kata kau 

"tuhan menjadikan sesuatu dalam hidup kita , ada sebab . Kita takkan nampak sebab tu sehingga hati kita menerima dengan redha"

ya kau tahu . aku tahu . 

aku yang sengaja buat buat lupa .
sebabnya ?
jangan tanya sebab . aku belum mampu ungkapkan semuanya .

"orang yang paling banyak ketawa diluar , adalah yang paling banyak menangis sendiri di dalam"

aku tak kata aku kuat . 
aku cuma masih mampu untuk bertahan.

"kau jangan cmni , aku tak suka kau cmni" dari kulim sayup suara kau petang kelmarin.
"alaa aku tahu laa . this time it really gonna takes time to heal la beb. aku tahu dengan aku bersikap cmni , nothings gonna change , but yeah,  at least , i hope that when the time comes , i am ready" tak dapat aku tahan , jatuh jugak air mata akhirnya.

ada kala , aku lebih selesa sendiri . ya sendiri . jadi jangan paksa aku itu dan ini .
aku bukan jenis yang cepat marah .
aku juga bukan jenis yang penyabar sangat .
macam yang aku mention earlier .
selagimana aku mampu bertahan , aku akan bertahan . SENDIRI .
aku mungkin keras hati . 
hanya yang betul betul kenal isi hati aku yang tahu siapa aku sebenarnya .
Allah tahu isi hati aku . ya Dia . Tiada yang lain :'(

tengok calender . 
"HOMIE"
untuk esok . 14JUNE2013 .
perkataan "HOMIE" yang tercatat kat calender .
esok balik . 
aku rindu rumah . ya rindu . 
La tahzan :')

#entry serious . tiada apa yang menarik seperti entry entry sebelum ni .
 mungkin ada yang tak suka . aku peduli apa . =,= 

tanggal spec . 
duduk atas meja study . 
slide tingkap . 
renung langit .











Sunday, May 12, 2013

all about PTPTN and UTP :)

Assalamualaikum :)


okay lama dah tak update . well aku sangat busy . *angkat kening
*okay aku tipu padahal sekarang tengah cuti sem .
alaa aku malas nk update blog nihh sebab takde mood nk buat penulisan . *cewahhh ~ haha .
 ehh so , whats up minah ?
oleh kerana *eh kesalahan tatabahasa di situ 
marah cikgu BM aku nnt ~
heyy byk merapu la kau ni zaty .. cepat je laa .
Oleh sebab lately ramai yang bertanya mengenai PTPTN 
 haa ni meh aku nk cerita sedikit sebanyak yang aku tahu pasal PTPTN .

tapi this entry is only focus to Universiti Teknologi Petronas(UTP) student JAN'13
sebabnya i don't know how the way IPT lain manage this PTPTN thingyy .

okay let's begin :D

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 
or nama feymesssss dia "PTPTN" .
haa nak apply memang senang ..
tapi .. nak complete all the documents setelah pinjaman diluluskan ?
haa tudiaaa bersimpul sedut medulla oblongata aku nihh
*ehh apedaa simpul sedut ? mana belajar ni hoii ~
abaikan ~ abaikan ~

so today aku hanya akan explain the right way of completing the square . haha .
 ehh tak takk ..
what I mean is COMPLETION OF THE PTPTN thingyyyyy 

okay serious mode*

1. SUPPORTING DOCUMENTS/ DOKUMEN SOKONGAN 
*wajib ada (TWO COPY) *stapple seperately each set of copy

ni aku listkan ikut susunan sebijik macam apa yang pegawai tu suruh masa taklimat harituu .. 
jadi silalah susun semoleknyaaaaa
  1. BORANG MAKLUMAT PEMBIAYAAN (print masa apply duluuuuuuuu tu ..)
















katakanlahh , in case eh , in case okay .. korang TERlupaaa nak print benda nih masa lepas korang isi tu kannn ,, haaaa MACAM MANA pulak kan ? okay jgn risau , still boleh diselamatkan :)

but HOW ?
okay simple guys ,

by the way , Attention to FIRDAUS OTHMAN , THIS IS FOR YOU :) take note bro hehe :D

FIRST , go to www.ptptn.gov.my and this will appear at your homepage ~




lupa password ? haha click je laa kat "terlupa kata laluan?" and the new one will be automatically reset for you by the system via your email :) 








2. I/C SENDIRI
3. SLIP RESULT SPM 
4. SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE IPT

5. SALINAN BUKU AKAUN CIMB BANK ATAU kalau nak senang .. SALINAN SLIP CIMB BANK YANG ADA TERTERA NO.AKAUN ANDA (seperti gambar ni haaa) 


DEPOSIT duit dalam akaun CIMB korang , pastu nanti keluar lerr resit nihh .
PERHATIAN : RESIT INI TIDAK SAMA DENGAN RESIT YANG KORANG DAPAT WAKTU KORANG WITHDRAW DUIT

6. I/C IBU dan BAPA
7. SLIP GAJI IBU dan BAPA


* NO.2 UNTIL NO.7 and all other additional documents that you wanted to submit , gariskan panjang lebar , the whole page pun takpe , and write "FOR PTPTN USE ONLY" macam yang aku garis kat CIMB SLIP tuhhh 


MAKLUMAT PENTING(arahan HEP unit SPONSORSHIP)
*kepada ibu/bapa atau kedua duanya telah pencen , sila sertakan SURAT PENCEN/PESARA
*kepada sesiapa yang ibubapa dah divorce, sila sertakan salinan SURAT PERCERAIAN 
*kepada sesiapa , ibu/bapa telah meninggal dunia , sila sertakan sijil kematian

~okay DONE with the supporting document~ 


2. PTPTN AGREEMENT FORM 
(they sent via email . SO DO CHECK YOUR E-MAIL) 
*print out ( 2 COPY ) *stapple seperately each set of copy


ohh haa .. sebelum aku terlupaaaa , pegawai yang assist aku tuh suruh tengok NO.SURAT TAWARAN dekat AGREEMENT FORM tu ,  WAJIB tahu NO.SURAT TAWARAN , in case something happen to your application someday , take note on it in your diary or smartphones or BB or galaxy tab or whatever electronics devices that you have . sekian :) okay proceed ~

*They NEED your signature at 

-AKUAN PENERIMAAN
-SURAT KEBENARAN 1
-SURAT KEBENARAN 2
-SURAT KEBENARAN 3
-JADUAL PEMBIAYAAN 
*( bahagian SAKSI abaikan , sebab pegawai UTP tu akan isi )
-LAMPIRAN PERJANJIAN (tengok kat bawah every page lampiran perjanjian tu , "tandatangan penerima biaya" haa autograph kat situ )


-AFTER PAGE "SURAT KEBENARAN 3 , ada ruang untuk SETEM HASIL . haaa tampal SETEM HASIL kat situ .

 *SETEM HASIL BELI DUA(2) sebab earlier was mentioned that this AGREEMENT FORM nak 2COPY :) haa apalagiii , tampal kat both . hehe :)

and DONE :) boleh hantar and relax . 

hope that this entry will help you guys :)

GOODLUCK GUYS :)

Assalamualaikum 

Thursday, April 25, 2013

FINAL EXAM - DAY 1 : sebatang pensel , sejauh KELANTAN .

assalamaualaikum :) 

haa lama tak update entry . busy with final exam and opcoz busy merapu -..-
memandangkan hari ni hari paling -..- sekali buat aku .
so aku simpulkan , muka aku tak lain tak bukan 
muka ketat persis IKAN SARDIN YANG TERSEPIT DALAM TIN T.T
ehh ? apehal pulak ni ? 
sejambak maruah . perlu je tatabahasa nak salah -..- 
okay cut it off zaty . please proceed :)
 haa , ohh FINAL EXAM SEMESTER ONE -__- 
haa , so memang aku excited gilaa nak exam pagi tadi . paper start pukul 9PAGI tapi aku dah tercogok ibarat tiang lampu isyarat kat depan CANCELLOR HALL UTP tu pukul 8.15PAGI . wow ! sungguh girang aku . dalam hati tak putuih selawat sbb aku cuak . almaklumlah paper PRE CALCULUS . walaupun agak mudah bg sesetengah kroni yang otak mereka persis ALBERT EINSTEIN , 
disebabkan cuak yang tak terhingga , aku tak nak overconfident . 
takut nanti rasa nak hentak kepala kat tembok rumah uncle Muthu belakang rumah akibat daripada kecuaian yang remeh temeh . 
Jadi , pagi tu terkumat kamit laa aku dok menghafal trigonometric ID . 
segala jenihh sin , cos . tan , sec , csc , cot dan bermacam macam ÆŸ yang aku dok hapai bagai nak gila smpai nk tersembuq ayaq liuq aku . haha !
 eh , punya la ready dan bersemangat waja . 

                                       1. PEN - check !
                                       2. RULER - check !
                                       3. ERASER - check !
                                       4. PENCIL - check !
                                       5. MATRIX CARD - check !
                                       6. EXAM SLIP - check !
                                       7. IC -check !

so , jam menunjukkan 8.45PAGI . wow ! 
menyesal aku tak pergi line up awal . kan dah kena que panjang berjela . 
haihh . kena scan lagi . 

NO HANDPHONE .
 NO CALCULATOR COVER . 
NO THIS NO THAT . 
JUST YOU AND stuff listed above -_- 
what a pathetic life as a university student ~

 hoho ! my turn ! my turn ! excited terlebih pehal ? hehe .
 so masuk je hall , ewah ewah berpinar mata aku cari table 398 -..-
 palinggggg hujunggggg pulak tuh , 
NAMA Z . padan laa kat aku :) haa , pastu ni haa the stroy begin ~

adengan PERTAMA . letak stationaries atas table . alih alih . Ya Allah !

"eh ? mana pensel tadi ?" *intro gelabah

pusing kat orang belakang . foreigner and that's it , TANYA

"err excuse me , do you have any extra pencil ?"

"NOPE. sorry." yeahh sopan betul .

panik makin memuncak ~

pusing depan balik

tolak kerusi org depan . also a foreigner ~

"err any extra pencil please? " me buat muka kesian ~

"sorry i don't have any extra" a poilte guy too .

errghhh . TEKANAN ! T.T
pusing kanan . *KOSONG*
pusing kiri .
nah ! AIMAN ! hah .
"eh ade pensil lebih tak ? pensil aku tercicir tadi taktau mana" laju aku cakap sbb panik 
dia geleng .
 tapi eh ? 
aku pun tak pasti laa sama ada aku yg terlalu panik atau tak dgr apa yg aiman ckp , 
yang aku sedar , tetiba  pensel berubah tangan , 
NAH ! yes ! dh dapat pensel . ohh LEGA ! hehe .
serentak tu jugak 

"okay , you may start now"

aku pun sengih sengih macam selipar koyak akibat kegembiraan mendapat pensel -..-
 DAN senyuma itu terkubur begitu sahaja setelah aku dengan waras menyedari sesuatu yg agak aneh ! -__-

"eh ? mana question paper ? ni ada answer booklet je ? YaAllah ! "

pusing belakang , foreigner tadi , aku cakap ,

"I DON"T HAVE THE QUESTION PAPER !"

"I DON'T KNOW" he replied 

and i was like -..- yeahh , he's right , i mean ,
 HOW WOULD HE KNOWS ANYWAY
come on Z , when panic , people did silly thing just like what u're doing .
 derr ~

tonngeng kiri , kanan , atas , bawah , depan , belakang . 
HAH ! takde jugak .
aku dah tak senang duduk !
nak jawab cemane ni ! 
OPAH ! HELP MEHHHH ! 
then setelah putus asa yang terlampau hebat , 
no other choice ! 
terus angkat taangan
 *gaya HERMOINE dlm cter HARRY POTTER yg first tu* 
sambil kata

 "excuse me~"
krikk ~ kirikk ~

HAMPA T.T

tak de sapa nampak . tetiba terpikir , 
adakah aku terlalu pendek ? -..- 
ahh abaikan ketinggian saat ini .
aku pun try lagi . 

HIGHER . 
KECEWA .

same thing happens -..-
lagi dan lagi dan .. 
sampai aku hilang sabar ! NAH ! AKU BERDIRI . 

"hello ~ excuse me ! YA ALLAH " 

tak semena mena aku merasakan aku seperti perusuh negara yang sedang memberontak
 dalam demo jalanan ~ haihh 
akhirnya .
 lecturer nampak ! hah ! tak sia sia usaha aku . 
okay damn ! 10 minutes gone . wattaaaa ~ 
semua org dh sibuk buat soklan ,aku baru terkial kial nk tulis exam ID -..- 
haihh tension aku ! tension ! ni boleh menimbulkan kedutan di wajah seawal usia aku ni ~ hehh ! 
 sakit pulakk hati kitaa . 
haa pastu . jawab punya jawab ,
 kerut dahi , muncung mulut , picit urat kepala , goyang goyang tgn ,
 silang kaki , lentok kanan , lentok kiri , 
NAH ! done ! hah ! akhirnya ! tgk jam . -..- 
ada 10.45PAGI . 
hoii ada lagi 1JAM 15MINIT ,. 
bapak lama ! hah ! tetiba suara Dr.Balbir menerjah gegendang telinga
 " FINISHING TOUCHES ~ FINISHING TOUCHES~ " 
oh man . haa RE-CHECK . 
kot careless mistake dimana mana yang akan membuatkan aku nampak silly gilaaaa -__- 
haa okay , touch up sini , sana . hah . 
BOSAN ! 
hehe . tgk sekeliling . BOSAN . 
semua tekun gilaaa .
 aku ni dah la tak boleh dok diam . mak oihh sejuk macam kat kutub dah . 
hah ! belek punya belek . hoho . 
dengan gumbiraaaa 

"okay you may leave the hall now."

horayyy , 1 DOWN , 3 TO GO ! alhamdulillah :)
keluar je hall , 
whoa ! becok je aku cerita kat girls gedik gedik aku apa yg aku kepoh sgt masa exam tadi .
 the thing is DIORANG GELAK KAT AKU -_-
 yeah bestfriend mmg cmtu -..- takpa takpa . 
on the way balik village tu , 
tak payah ckp laa , mmg sengal nak mati ,
sampi senggugut aku -__-
 *perlu je senggugut ? lantaklah ~
haa lepas tu , lunch . 
okay aku bebai sbb rancangan WANITA HARI INI dah terlepas -..- 
harini punya topik . "SINDROM ANAK KEDUA" 
hoii ! aku nak tgk sbb aku anak kedua . hehe . 
takpa boleh rewatch kat tonton.com.my *promote cehh ~
haa pastu merepek merapu smpai masuk bab hostel dan hantu , 
seterusnya bab BAPUK kat lorong haji taib  sana ~ 
 haha memang esok takde exam pun smpai sempat bergurau senda cenggini ~ 
*btw esok exam english ! pi study hoii ~

haa , tak habis lagi . pastu je , masuk bilik , 
on FACEBOOK macam biasa ~
newsfeed berderet pasal matrikulasi !
 aku pun excited ahh nak tahu aku kena campak katne ! hah !

EH ?
SERVER DOWN ?
heyy buat perangai lak KPM nihh , 
aku tak puas hati , aku hantor message

TAIP 
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.KP anda 
dan hantar ke 15888
sekian iklan swasta ~ 

successfully sent . 
tunggu .
tunggu.
tunggu.
HAMBAR ~ 

tak puas hati lagi , cuba lagi dan lagi . hah ! at last .

ahh perlu je tabs bagai semua tuuh ? aku print screen dan malas nak crop . sekian ~

ohh btw , MATRIKS KELANTAN ni pun tak kompen bukak tahun ni . 
sementelahan dgn itu , aku terpaksa menempek dekat MATRIKS KEDAH -..- 
ape punya jenis nihhh !
bebai sungguh aku T.T

 what a day .
 starts from PENCIL , stuck in CHANGLUN , ends with KELANTAN .
btw , still thinking whether nak pergi or tak , but yeahh .

UTP-MATRIKULASI
pro and cons tetap ada .
stay UTP or blah ? jeng ~ jeng~
InshaAllah I will choose my best .
will update as soon as decision made :)

Allah knows the best :)

SEKIAN ~

THE END .




Tuesday, February 26, 2013

SANNAH HELWAH :) pabila mereka bertindak



Alhamdulillah .. 25 februari 1995 - 25 februari 2013 :)
yeayyy , dah 18 tahun ! *okay excited terlebih pehal minah ? haha . 

yeayyy ! ade cake ! chocolate indulgence <3 
potong ! potong ! ehh excited giler minah ni . cehh ~

Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih beri kesempatan untuk aku hidup di muka bumiNya . Alhamdulillah Ya Allah atas usia yang telah Engkau berikan :') Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang telah Engkau berikan . Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan .
Kata orang , makin kita menginjak dewasa , makin dekat ajal memanggil .. 
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Hakim dari Jabir R.A
"sebaik baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya"

Semoga aku berada dalam kalangan tersebut :) InshaAllah .

okayy bila cakap pasal BIRTHDAY , wow aku sangat rasa maluuuu bila orang wish "wehh HAPPY BIRTHDAY" mana laa aku nk campak muka aku yang bajet cun ni ? makk oii maluuu laa bila orang kata , "woii 18 dah kau ? TUA ! " yang ni lagi rasa mcm - ape masalah kau -__- haha . ehh tapi ni first time having birthday kat university , so rasa pelik sbb entah , maybe sebab tidak lagi memakai pakaian seragam sekolah yang agak lawa itu ? apakah ? haha

so dari tgh malam semalam , berduyun duyun laaa encik fesbuk accept birthday wish , hehe . TERIMAKASIH to all wishers and sorry if aku tak reply balik sbb tak sempat online :) test week ni *okay yg ni mengada -__- tapi tu laa , bestfriends aku tak wish sekelumit punn . sampai gila hati korang buat bodoh kat aku . aku tunggu sabar gila kott . so nak dijadikan drama melayu ~ haha . ayat sarcastic gila =,='' okay serious , lepas english tutorial around 10pm kot , diorang BLINDFOLD aku T_T makkk ! golap golita pemandangan den ~ haihh aku pun haa ni mesti nak prank aku ! matilah aku ~

OKAYY BUTA -__-

Ohh haa lepastu kaki aku CEDERA -___- sebab langgar  apa entah kat tengah jalan masa blindfolded tuhhh , ohh sakitttttt *okayy over laa pulak . tapi manis pershabatan tu mengaburi kesakitan yang ada *cewahh . ehh betul laa sebab bila balik bilik baru aku sedar kaki aku berdarah ! okayy sikit je pun :) hehe .. aku banyak bebel throughout journey tadi , haa padan muka , sampai nawal penat sebab aku asyik cakap dan cakap dan cakap dan lagi dan lagi dan lagi ~ lalala .. 

ohh masa ni aku rasa sebak bila tgk korang semua ada T_T

korang , thanks sebab ada :) thanks jugak sebab jadi kawan aku sejak zaman sekolah sampai kat UTP :) dan sampai laa beranak bercucu :) haha ! bagi kawan yang baru kenal aku - AIMAN , NAWAL , QILA , MEERA AND MARYAM :) SORRY sebab aku ni mmg banyak cakap :) tapi seriously aku ni suka main-main and if korang tgk aku , mne pernah serious pun kan ? aku nak marah ? ohh sungguh pelik sekali sbb aku tak reti . haa so coclusion nye , mmg bahagia kawan ngn aku FULLSTOP . okayy menyampah gila kat statement yang mintak penampar ni . lalala ~

ehh dengar ni !
ZATY NAK CAKAP :)
NAWAL - sorry and thanks for everything :)
QILA - thanks sebab ada bila aku perlukan kau :) 
JIJAM - thanks for all this babe :) <3
MEERA - sorry if ada buat kau terasa pasal TEAM BUILDING , aku gurau , and loveyouu :)
ATHIFA- sorry sbb dh jarang lepak , goodluck :) lebiuu <3
HUMAIRA - kau sangat comel dan aku bangga ada kawan yg tegas mcm kau :)
PUTERI AIDA- kau semakin cantik and aku rinduu nak merepek ngan kau :)
ALIA- kau comel and thanks for everything <3
MARYAM- sorry pinjam buku tutor tak pulang balik and sayangg kauu <3
AFIQ - kau selalu menyakitkan hati tapi kau sangat baik :)
IJAT - kau mmg baik dan jumpa geng baru jgn buat buat lupa kat aku eh :)
IRWAN - kau memang tak terkata baik dan ya kau comel la jugak *separuh ikhlas HAHA
AMIR - kau makin matang ya . okay taktau nak kata apa HAHA
PAAN - muka serious kau membuat aku ragu ragu utk tegur kau tatkala terserempak di tepi jalan :)
AIMAN - wehh aku gurau je pasal libas payung even MEMANG kau TERlibas kat aku masa english tutorial tadi :) kau mmg baik ! aku serious ni kau baik . haha
KARTIGEYAN - okayy lama tak jumpa , kau makin macho la bro . tahniah :) hehe
ABANG ZAKRI - terima kasih utk segala buku yg dicari :) 


TERIMAKASIHKAWAN :)


Thursday, February 14, 2013

JUST DO IT laa hokayy :)




heyy dah berhabuk belog ni . lama giler tak update entry . ohh lately makin busy *mengada . almost a month jugak laa tak update . okayy now what ? haa bila dah semakin dewasa , macam macam perangai orang kita tgk . 
SERIOUSLY tak tipu okayyyyy :D 
ehh so entry kali ni pasal BERUBAH ? 
wow ! 



ehh sedar atau tak , kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai jugak yang nak tengok orang lain berubah ek ? Well , at the same time , kita sendiri pun nak berubah supaya jadi lebih baik saban hari tetapi masih tidak kesampaian . betul tak apa aku kata ni ? *ceyy ayat ~ haha . eh serious .  okay tengok sini ape aku nak list down . jangan buat tak nampak ehh . kita nak negara kita berubah, kita nak orang berubah, kita bercita-cita tinggi tahap pokok kelapa nak ubah orang sekeliling kita, tetapi malang giler , dan mmg menjadi kebiasaan , orang akan ambush kita kalau kita berlagak baik . *okayy abaikan yang tu . ni aku nak tny , pernah tanya diri sendiri tak kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?

so , antara sebabnya , senang je , kita sendiri pun tak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri , so orang lain nak dgr ke nasihat kita ? *okayy tepuk dada tanya selera . sebenornye , aku ni taklah bagus sgt , cuma dari apa yang aku paham dan observe selama 18tahun aku hidup ni *heyy makin mengada aku . haha . okayy rahsia mengubah orang adalah .. err rahsia ? tak la rahsia kot . tapi serious kalau kita nak ubah orang lain , kita kena ubah diri sendiri dulu bhaii . niat dah baik dah nk ubah org lain ,  tapi biar kena dgn cara :) Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain takkan berjaya if kita tidak mula daripada diri sendiri. *so korang dapat bayang tak ape aku cuba membebel nihh -___-

eh , nak tau tak , kekadang , hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang kat sekeliling kita akan rasa mcm kita ni cakap serupa bikin . haihh so do take note ye kakak abang sekalian .

first sekali kan , aku rasa kita kena bandingkan . diri sendiri dengan orang lain , MUHASABAH DIRI ITU PENTING . okayy let say , kita nak bina rumah . so buat ape kita sebok kehulu kehilir masuk keluar kedai  NIPPON PAINT , pikir pasal kalaer dinding , pintu besar gedabak segala bagai if tapak rumah pun takde lagi kak oii . kau giler ? so the same thing goes here . "Mulakan dengan dirimu," *ceyy
So guys and girls , sebenornye , ni laa kunci orang yang berjaya. see this ! MUHASABAH ye .
Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. 
so ? tunggu apa ? get started okayy :)

ehh tak habis lagi aku bebel , 
haa ramai orang berani judge kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali malah sentiasa avoid dan buat tak tahuu lagi berlagak baguss walhal kelemahan diri sendiri berlonggok longgok mcm buah deroyan dusun opah aku .  Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah memamg confirm ahh dapat orang lain dapat terima nasihat kita even bukan 100% kan ? heyy ye kan je la sbb mmg betul pun . Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan  terdorong untuk turut sama berubah.

so how ?


#1 :)  Mcm yg aku mention earlier , mula lahh dengan ubah diri sendiri. takkan wehh kita nak ajak orang berubah walhal diri sendiri still tak berubah , nak jadi mcm ketam eh ? `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tak serupa bikin.


#2 :) Mula dengan bende simple err maksud aku benda kecil . Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. haa see ? sangat amazing kan ? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil . Ingat tuu :D

#3 :)  START NOW . Jangan dok tangguh bagai . Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecik akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

#4 :) PAKSA diri dengan sepenuh hati. Nafsu kalau tak dipaksa nanti jadi degil !

#5 :) Belajar laahh hukum diri sendiri . asyik nak hukum orang je . nak tau ? Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. subhanallah .

#6 :) Kena laahh ulang kebaikan sampai sebati dengan diri . PRACTICE MAKES PERFECT . mana mau benda buat sekali dah boleh jadi habbit kan ?






so korang , ape je la yang aku bebel tgh pagi buta ni kan . aisehh ,  aku ni bukanlah baik sangat , tapi sekadar ingatkan . tak salah kan kalau saling memperingatkan :) 




Monday, January 7, 2013

PESANAN IMAM AL-GHAZALI :)


 7JANUARI 2013 . eh ? 3 days to go . so , aku pun jalan jalan kat google , mcm biasa , ushar info menarik . tetiba , tergerak hati nak bukak satu link ni . alhamdulillah . ilmu . kalau tak kongsi , jadi beban kat aku masa akhirat nanti . lagi satu kalau aku tak kongsi ilmu ni sekarang , bila lagi ? mungkin esok lusa aku sibuk dgn kehidupan remajaku ? *eyy ayat mengada giler . haha . but yes , maybe lepas ni jari jemari aku dah tak sempat nk joget kat atas keyboard ni . student life ain't easy kan ? jadi aku pun kaut sehabis mungkin peluang dan hayat yang ada ni supaya tak sia sia hidup aku di muka bumi Allah ni . InsyaAllah , kita sama sama dapat pengajaran dan manfaat yang berguna untuk menghadapi masa hadapan yang sihat , riang dan diredhai :) InsyaAllah . aku sedar aku bukanlah seperti USTAZ AZHAR IDRUS mahupun USTAZ DON DANIYAL yang sememangnya penuh ilmu di dada . aku jugakk bukan FATIN LIYANA blogger feymes yang orang dok follow dan aku sangat sedar aku jugakk bukanlah MAT LUTHFI mahupun MARIA ELENA sang vlogger meletoppp . tapi dakwah itu luas bukan ? pelbagai cara boleh kita guna selagi tidak melanggar syariat Islam :) so korang yang sedang baca , teruskan membaca dan SENYUM ya ? 

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawwuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia. Iman Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
fisabilillah ,
ZATY AMIRAH