Monday, January 7, 2013

PESANAN IMAM AL-GHAZALI :)


 7JANUARI 2013 . eh ? 3 days to go . so , aku pun jalan jalan kat google , mcm biasa , ushar info menarik . tetiba , tergerak hati nak bukak satu link ni . alhamdulillah . ilmu . kalau tak kongsi , jadi beban kat aku masa akhirat nanti . lagi satu kalau aku tak kongsi ilmu ni sekarang , bila lagi ? mungkin esok lusa aku sibuk dgn kehidupan remajaku ? *eyy ayat mengada giler . haha . but yes , maybe lepas ni jari jemari aku dah tak sempat nk joget kat atas keyboard ni . student life ain't easy kan ? jadi aku pun kaut sehabis mungkin peluang dan hayat yang ada ni supaya tak sia sia hidup aku di muka bumi Allah ni . InsyaAllah , kita sama sama dapat pengajaran dan manfaat yang berguna untuk menghadapi masa hadapan yang sihat , riang dan diredhai :) InsyaAllah . aku sedar aku bukanlah seperti USTAZ AZHAR IDRUS mahupun USTAZ DON DANIYAL yang sememangnya penuh ilmu di dada . aku jugakk bukan FATIN LIYANA blogger feymes yang orang dok follow dan aku sangat sedar aku jugakk bukanlah MAT LUTHFI mahupun MARIA ELENA sang vlogger meletoppp . tapi dakwah itu luas bukan ? pelbagai cara boleh kita guna selagi tidak melanggar syariat Islam :) so korang yang sedang baca , teruskan membaca dan SENYUM ya ? 

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawwuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia. Iman Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
fisabilillah ,
ZATY AMIRAH 

Saturday, January 5, 2013

the awesome me PART II : menjadi DEWASA :)

Assalamualaikum :)

haa berhabuk dah blog ni , lama jugak ahh tak update , bukan apa , i busy laa lately *okayy sape nk muntah silakan :) hehe , ehh but seriously guys , i thought lepas SPM will be free and enjoy , OH NO ! IT IS NOT ! erghh sakan je aku nk enjoy, ehh ? tengok tengokk tudiaa kirimsalam lahh makcikk oii , byk benda nk settle ni ..

     CHECKLIST
  1. PLKN - ohh i gangster , banyak SKILL , JABATAN KHIDMAT NEGARA SAYANG I . so i  was NOT in the list ! hooreyy !
  2. ceramah panehh telinga 5HOURS - NOT YET 
  3. driving test JPJ- NOT YET 
  4. license - JANGAN TANYA KALAU TAKNAK KENA TAMPOR 
  5. speedlight nikon - decided to keep that thingy as "kehendak list" nanti pun boleh 
  6. jadi cekguu tusyen adik - in progress . *cikgu yg GARANG !
  7. belajar memasak - well setakat ni not bad laa , i boleh masak okayy *credit to my kakak yg celoteh pasal "ketuk ketuk kuali bersama kakak" -___- 
  8. ENTRY ZAMHARIR ZAHIR - still tak tertempek kat blog aku yg suci ni , sorry bro . aku janji will finish it soon . ohh dah semalam ! hehe
  9. NOVELLA "PUTAT AKU DATANG" - storyboard lari entah ke mana , maaf i was too busy lately . coming soon . nanti aku published entry . still in progress -__-
  10. the latest one cik kak , Universiti Teknologi Petronas - i've decided to go , pray for me guys . hope so everything's will be okay :) ohyeahh ! believe in yourself girl !

hehh , 10 was listed ! wow ! macam retiss ehh kau punyer busy tahap petala ke lapan ! tak menang tangan weh *gedik melampau . so guys , cakap pasal UTP , haa still remember entry yg pasal Educamp UTP yg i pegy tuh ? ergghh tekanan weh , i buat ala kadar je , then , result keluar on 25th dec that day , so i was not hoping laa sebab tahuu terukk but then ?

I WAS SELECTED !


deyy ! mimpi ke minah ?
NO ! it's TRUE !
Alhamdulillah , syukur .


10 JANUARY pergi daftar . and yeahh bermulalah kisah as budak hostel AGAIN :) doakan aku ya anda anda sekalian ! hope so things gonna be awesome . and for sure , AKU TAKKAN LUPA ..

buah hati pengarang jantung den :)

my sexayyy bebeh -__- suka bagi taik besor bro -..-
going to miss all the prefects *sorry tak semua adik beradik ada masa ni  .

farah ferrer :) rindu kau sangat <3 sorry for everything

put . seetayy , mynn mynn , qla <3 weh goodluck futures k :)


so guys wherever you are atas muka bumi Allah ni , aku sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan koramg , friensdhip last forever .
KAWAN TILL JANNAH . 

p/s : sorry bagi sape sape yg tak terpost gmbor dlm ni , masa sangat suntuk , maaf . 




Friday, January 4, 2013

ayam dangdut WOW ! :D

ayam ! 


eh ! okay ni kira entry #1 untuk DUARIBUTIGABELAS laa ehh . hehe , okay , AYAM DANGDUT ? ehh ape ni ? err maksud aku SIAPA DIA ? tokeyy kepsi yang terhebat di kubang poksu ? ohh dia business partner kepsi-pekasam i hokayyy ! haha 

PRESENTING ..
ZAMHARIR ZAHIR !

eh beta ! weh menag medal !

SO , 2 years back , eh ? ohh kronologi . 4SABAR ! 2011 :)
"eh apsal mamat ni , senyap mcm bisu je . muka dh la garang . ceyy ingat dia hensem mcm  shahid kapoor aku leteww" 
"ehh nak tegur ke tak ..tegur ke tak ..tegur ke tak .." sambil kira kat jari .
"emm muka macam ala ala ARABIAN mamat nih ! eh kalau aku ckp melayu dia paham tak ? ahh gasak ahh , aku ckp loghat perak kang mau dia jatuh terbalik pulakk."
so , hari demi hari , bulan demi bulan ..
wah KAMI DAH JADI KAWAN ! 
 kawan sekelas yang tak berapa nak bercakap antara satu sama lain .
aneh bukan ? ohh tapi aku lebih suka meng-definisi-kan ianya sebagai sesuatu yang MENARIK .
so , akhirnya , end of the year , yeayy ade group 4sabar ! walawehh dalam fesbuk kemain sembang kot . haha
siap gelak ketawa gurau senda :) 

ohh do find us on FACEBOOK *ceyy sempat lagi promote -__-

again ..
hari demi hari , bulan demi sebulan lebih je cuti sekolah , haha
so yeay BACK TO SCHOOL - 2012 !
SPM ? ohh ape tu ?
wehh kelas rombak ?! 
eh tak syok betul lah ! 
ohh terpisah habis warga 4sabar .
dah takde ayam dlm kelas aku :( 
wuu sedihh oii !

cewahh chicken little laa pulak ! haha


 ade la sekali dua tu aku tak ingat bila ..
"hai zamharir!" aku la tuu 
".....hi . " zamharir jawab 
aku macam -__- ape ni bro ? haha
ohh dia kata dia PEMALU . 
okayy alasan diterima 

eh tup tup dah habeh sekolah dah kitaorg ni -_- oii cepatnyaa masa berlalu ! masing masing dh bawak haluan sendiri ! ade yang dh selamat pergi PLKN ! yeayy BERKHIDMAT laa kome ye :) ade yg nak pegi UTP sambung belajar , ade yang kerja , ade dok goyang kaki kat rumah , ade yang nak kawen . eh ? kawen ? giler kau , muda lagi hoii ! 

eh nak goreng cerita pasal si ayam ni memang sendat cerebellum aku ni cik kak sekalian . ohh lupa ! 
ZAMHARIR ZAHIR seorang yang baik , pemalu , sopan , tak banyak cakap , muka mcm ARABIAN sikit , boleh dikatakan ade gaya tersendiri , tokey kepsi *ni penting HAHA . ehh kenapa aku bersusah payah menyendat puji mamat nih? ohh aku diupah ? ohh TIDAK ! tak baik menuduh ya adik adik . SAYA ANTI RASUAH .

jadi ? apa sebabnya kau buat orang nak muntah hijau baca entry ni ? 
eh suka hati la , ni blog i . jaga adab ekk . haha 

eh lupa .
 yang paling penting , 
ZAMHARIR seorang kawan yang boleh diharap .
ok peace *aku separuh ikhlas tu 

bro even kita TAK BERAPA NAK BERKOMUNIKASI DI ALAM PERSEKOLAHAN , tapi kau one of the best punya kawan dalam MUKABUKU :) thanks bro atas segala dorongan dan nasihat yang kau bagi kat aku . 

bro . ape pun yang kau buat , jadi diri sendiri . percaya kebolehan sendiri . 
KAU AWESOME . ingat tu ! 
biarlah ape orang nak kata sebab kau je tahu diri kau sebenar :) 

yang baju QATAR FOUNDATION tu ayam !

yeayyy ! finally aku berjaya buat satu entry untuk kau !
sorry weh sebab lambat tunaikan .
seingat aku lama dah aku janji nk buat entry ni .
so ni kira hadiah birthday kau untuk tahun depan . HAHA . kalau kau tuntut lagi hadiah lain kat aku , aku kasi selipar jamban kat kau :) 
 SEKIAN :)