Sunday, June 23, 2013

Cerita Kita #1

Jam menunjukkan pukul 2.05petang.
Hari Sabtu. ahh bosan !
Setakat ini sudah enam kali dia mengeluh.

termenung.
dibuang pandang ke luar jendela.

serabut.
kini terlalu banyak yang difikirkan sehingga terasa diri sendiri tidak terurus.

mengeluh lagi.
telefon bimbit di tangan digenggam erat.
dilihat pada skrin.
mahu sahaja rasanya dia menjerit.
Namun dia tak mampu..
"ahh .. semua tak faham aku."
hanya itu yang terucap dalam hati.

kini  dia baring di atas katil .
dialihkan pula pandangan ke skrin laptop.
membuka kembali bicara antara mereka.
ya dia akui..
sungguh dia senang dengan apa yang disampaikan Fariz sebentar tadi.

"ZIAAA !! lama gila tak jumpa kau :( "
Zia tersenyum sendiri.

bohonglah jika dia tidak rindu Fariz.
tapi.. Fariz seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
cara Fariz berbeza sungguh.
Ya. berbeza . Dia kenal Fariz.
Pasti ada sesuatu.
Hati zia yakin. cukup yakin.
Fariz sahabat baiknya, dia sudah masak dengan perangai lelaki itu.
Dia mengeluh lagi.
Apa agaknya yang sedang Fariz hadapi sekarang?
Kenapa Fariz berubah sebgeitu rupa?
dia termangu sendirian.

Zia sering mencari waktu untuk bertanya.
namun hampa.
lama .. ya sudah lama dia ingin bercakap dengan Fariz.
mencari ruang agar persahabatan mereka dapat dipulihkan.
sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.
lebih jelas jika dikatakan,
dia sebenarnya tidak faham bagaimana persahabatan mereka menjadi renggang.
sungguh, hati wanitanya sedih.
luruh saat melihat Fariz lebih meluangkan masa bersama-sama teman lain seolah-olah dirinya 'invisible' terhadap lelaki itu.
sumpah! hatinya sakit bila mengenangkan sikap Fariz yang saban hari seakan-akan menjauhkan diri darinya.

Fariz.
Fariz Bin Amri.
Sahabat baiknya sejak tahun pertama dia melangkahkan kaki ke alam universiti.
pada Farizlah tempat dia mengadu.
pada Farizlah tempat dia bermanja.
pada Farizlah tempat dia menghambur segala ketidakpuashatian tatkala berperang mulut dengan roomate "kesayangan" - Sofia si minah senget mulut laser yang bajet bagus.
pendek cerita, pada Farizlah segala-galanya.
Kini.. Fariz seolah-olah semakin jauh darinya.
Mengapa? Hati kecilnya berbisik.

Kalau dulu
Fariz selalu mengajaknya makan bersama tak kira waktu, tgh malam walhal bersahur sekalipun.
Kalau dulu
Fariz selalu bercerita itu dan ini, kalau boleh , semuanya akan diceritakan sampai bernanah telinga dengar omelan si Fariz.
Kalau dulu
Fariz selalu menyakatnya dengan perkataan
"ZIA ANAK MANJA"

Kini . semuanya sepi .
Tiada lagi Fariz yang kuat melantak di hadapannya.
Tiada lagi Fariz yang mengomel itu ini.
Tiada lagi Fariz yang sering menyakatnya dengan panggilan "anak manja"
Sungguh dia sunyi.
Sumpah dia tidak pernah tidak senang dengan kehadiran Fariz.

"HOI MINAH ! poyo lah kau ni !" Fariz menerjah ketika Zia sedang asyik berseorangan di cafe sehingga tersembur air sirap yang sedang diteguk oleh Zia.

"alamak weh , agak-agak la pun , yang kau tetiba sergah aku ni pehal ? dah tak reti bagi salam ? sampai tersembur air aku. Menyesal aku. Kalau aku tahu, aku halakan je pada kau , aku jampi sikit, biar tersembur kat kau , biar elok sikit perangai tu ." Zia menjeling tanda protes.

seperti kebiasaan Zia akan membebel.
Terkekeh-kekeh Fariz dibuatnya.
Serta-merta Fariz duduk berhadapan dengan Zia sambil menongkat dagu dihadapan gadis bertudung biru laut itu lalu dengan muka mintak kaki, Fariz mengatur salam lembut.

"Assalamualaikum Nur Zia Amani yang gedik lagi ganas.." Fariz menahan tawa . Namun tidak sampai seminit, terhambur jua ketawa Fariz. Kali ini lebih kuat.

Dam !

"haa padan muka kau!" Zia mengetuk kepala Fariz dengan fail merah jambunya

"okay . okay . sorry .. haishh ganas betul la kawan aku sorang ni . Eh zia , malam ni jangan lupa eh ? macam biasa kat tepi tasik depan tu tau . esok aku ada test la . kau ajar aku eh . aku tunggu . siapa lambat kena belanja seminggu" Fariz mengukir senyuman tanda memujuk zia yang sedang panas hati terhadapnya.

Zia kembali ke alam nyata.
kenangan tadi beransur lenyap.
ada air jernih mengalir di pipi.

"macam biasa"
sudah lama benar rasanya Fariz tidak menuturkan perkataan itu terhadapnya.
"Fariz ! kenapa? Apa salah aku?" hati kecil Zia meronta.
Lalu dalam linangan air mata , Zia terlelap bersama ingatan terhadap Fariz.


BERSAMBUNG..





No comments:

Post a Comment